bye KL, hello kelantan! FEB holiday

Wordless Wednesday

baby kena dera admitted lagi :(

baby accident

resepi: sambal petai tempoyak

air asia promo, free seats again, again!

postage delay: skinny jeans

Pre-Order Closed

2nd batch pre-order skinny jeans now open :)

akhirnyaaaaaa, masalah settle!

February 21, 2013

bye KL, hello kelantan! FEB holiday

salam, ketika entry ni dipublish, aku dah berada di bumi kelantan :) lama tak balik, rindu mil (mithali tak?) :P and of course rindu nasi kerabu yang sedap de vas de booom!

kelantan, one of the shopping heaven, utk sape-sape yang berminat kpd batiklah, me not :P so for me kelantan adelah one of syurga makanan, seriously, kalau pegi kelantan memang kena skipped diet, else rugi ohhh :)

macam-macam plan dalam kepala. en.hubby lagi excited. dah siap plan, malam sampai je kelatan, dari airport straight pegi lundang, tapau nasi kerabu golok, then esok pagi abang nak bangun awal, pegi kadok (ke ape tah name tempat) tapau nasi kerabu untuk breakfast, pastu tengahari suruh mek masak gulai serati, petang abang bawak pegi jalan-jalan makan meggi celup, malam kang kite repeat nasi kerabu lagi.

memang boleh muntah kalau plan macam ni. haha, that's my hubby. aku tau dia excited nak balik sebab memang dah lama pun dia tak jejak bumi kelantan, last balik lebih daripada 6 months yg lepas kot? tak ingat dah.

and yang pasti aku nak pegi pantai, tok bali ke? nak amik pics banyak-banyak sebab..voucher yang aku purchase dari groupon dulu belum redeem lagi. takde pics nak print sbb laptop aku rosak, gambar semua dalam HDD, tak backup pun. haih, sayang. so marilah kita amik gambar family lagi sekali.

aku rindu nak balik kedah, tapi..takpe, next plan. insyaAllah.

again, aku persembahkan, nasi kerabu golok. pics aku cilok dari google lah ;P
yang aku makan semalam dah selamat dalam perut.


February 20, 2013

February 19, 2013

baby kena dera admitted lagi :(



KUANTAN – Bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera pembantu rumahnya pada Jumaat lalu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.
Menurut ibunya, Nina Suraya Sulaiman, 24, Mohamed Hareez Mohd Zamri dibawa ke HTAA kira-kira jam 8.30 malam tadi selepas dia didapati tidak bergerak seperti biasa walaupun dalam keadaan tidur.
“Malam tadi selepas semua tetamu yang mengunjunginya pulang, saya cuba mengejutkannya. Saya ingatkan dia tidur tetapi tiada sebarang reaksi,” katanya ketika ditemui pemberita di HTAA, hari ini.
Katanya, dia maklumkan perkara itu kepada ahli keluarga yang lain sebelum membawa anak sulungnya itu ke HTAA.

Nina Suraya berkata, pihak hospital menjalankan ujian imbasan dan beberapa pemeriksaan lain ke atas anaknya, namun laporan penuh pemeriksaan masih belum diketahui.
“Saya harap semuanya baik dan jika dilihat keadaan anak saya, dia sudah minum susu seperti biasa walaupun berada dalam keadaan lemah,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad, berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret esok mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

source

masa mula-mula video tu tersebar, aku tak tengok pun, untillah tengok berita TV9 tak silap, kebetulan tgh tunggu en.hubby siap nak keluar makan, tertengok video ni..ya Allah, kesian betul! sampai hati binatang yg buat dia macam tu..sedap je lambung anak orang..umur baru 24, tak pernah rasa perit jerih mengandung, camtula jadinye..ko buat macam kucing je kan? en.hubby terus emosi malam tu..dia cakap kalau lah anak dia orang buat macam tu, memang dia lambung balik bibik tu dari tingkat 14..pastu emosi dekat semua indon yang ade dekat malaysia ni..lepas tu sampaikan indon yang keje dekat car wash dia pun dia nak emosi, lepas tu lagi, indon yang buat rumah pun nak hangin jugak..muahaha..dah la 2,3 minggu dah emosi dengan wak contractor rumah tu..dia repair bumbung porch, sebelum ni ade bocor dari saluran air tu..dah mintak dia repair, masa mula-mula deal cakap bagilah seikhlas hati, sekali last-last mintak 200 untuk repair sajo tanpe barang? takpelah pejam mata, bayar jeee..dia cakap dah baiki yang atas,letak sealant eh ke ape yang gam bumbung tu sampai sebotol..sekali sama jeee problem..asal air ekon menitik jee confirm siling basah balik..tak payah tunggu hujan..

en.hubby pun bertindaklah, seminggu lepas tu kot dia call wak tu suruh datang, janji nak datang tak nampak muka, drag sampai minggu ke-2 pun tak nampak muka..dia memang pantang sikit kalau bab-bab orang menipu ni..kite bayar service derang, bukan bagi seikhlas ati pun kan..so segala problem mesti dibaiki jugak..kebetulan minggu lepas, jumaat tak silap, budak indon car wash dekat office cari pasal dengan dia..amukkan lahhh dia..sampai ke wak tu sekali kena tempias..lepas kena sound esoknye wak tu terus datang..yang buat dia hanginnye, masa cuti CNY aritu, en.hubby gagah gigih panjat bumbung naik tengok hasil kerja wak tu, sealant tu tak penuh pun, sikit je..ape lagi..amukkan tok gajah laaaa..hari sabtu wak tu datang, aku explain bebaik suruh repair betul-betul sebab nanti itu bapak balik dia nak panjat tengok sendiri..jangan problem yang sama datang ya wakk..gituuu..padahal en.hubby tak kuasa pun nak panjat lagi..dia tengok pada indicator, kalau air ekon pun dah boleh buat siling basah, problem tu tak settle, akan ade lahh amukkan kali ketiga. nasib ko lahh wak..sape suruh ko cari pasal, elok-elok kitorang layan ko, bagi job segala ko buat camtu kan..nasebbbbbb..

aku dah siap plan nak hire bini wak tu as part-time maid aku, dah jadi macam ni..cancelllll..kena cari orang lain..huhu..stress mak incik tau!

sekian, cerita melalut. semoga baby comel itu dijauhi sebarang kecederaan yang teruk. Ya Allah, kau hapuskanlah kesakitan anak kecil itu, dan kau berikanlah hukuman yang setimpal kepada insan yang tidak berhati perut itu, aamiin.


February 15, 2013

baby accident




sharing, from fellina's husband FB

Cerita sedih fel lalui semalam.....
Masa fel update selesai urusan utk hari ini...fel dh nk dkt sampai rumah... tb2 tgh jalan ada accident ... car vs car.. betul2 baru terjadi..kereta masih berasap di tgh jalan...mangsa masih dlm car beliau...suami brhenti utk hulurkan bantuan...fel tggu dalam kereta... penuh debar.... malangnya suami datang semula nk ambik torchlight suami cakap sorang meninggal... sedihnya rasa hati tuhan shj tahu....
Tb2 rafie (suami) meluru ke kereta bgtau... "syg ada baby terlibat sama... kita ambik bawak ke hosp ya... hidung dia berdarah.."
Fel angguk walau dlm hati ni sgt2 takut.... fel keluar dari kereta n ambil baby tu... dia xsedarkan diri... cute baby girl umur br 1tahun... lepas fel pangku dalam kereta..riedzki fel pass ke belakang dkt pengasuh dia..senyapppp mcm memahami apa terjadi... baby girl tu pula start berbunyi n mcm xdpt bernafas... fel menangis takut.. xdapat byk fel tlg... selain dibacakan fatihah..qursi dan 3 qul serta keep on selawat sepanjang perjalanan ke hospital dengan harapan baby tenang. ..ada satu part tiba2 baby tu diam.. fel pandang muka dia yg dipenuhi kaca n hidung yg berdarah..fel sebak... takut..risau... rafie tanya fel "syg baby pengsan ker? Fel terus cium pipi kanan dia fel selawat n cakap kat dia...sabar yer sayang.. hosp dah dekat even fel tahu masih jauh... baby tu started tuk bersuara mcm paham n mintak simpati..since rafie bawa laju sbb risau apa2 jd smbil bg emergency lampu..ada juga terhentak n baby akn mengerang kuat...ya Allah xdpt dicerita perasaan fel.. sampai shj di wad kecemasan.. fel angkat baby masuk and tgk doc berusaha help her n after almost 2hour mnggu..kami pulang sebab bila waris beliau dtg..rupanya mangsa anak org kampung rafie...
Kisah sedih...yg meninggal adalah bapa baby tersebut... ibu dia xsedarkan diri smalam tp stabil dh tp patah kaki n tangan n baby tu patah ke 2 kaki... yg sama2 langgar tu seorang lelaki cina.. juga stabil...
Ni bottle susu baby comel tu.. dorang pass kt fel masa fel nk bw g hosp...tp sbb neves n mcm2 smalam fel jd terlupa..satg sebelum nk simpan jenazah fel n husband nk pergi bg semula...
Pkg fel sedih... bila ada salah seorang ahli keluarga cerita...pasangan ni dah tggu 5 ke 6 tahun nk dapat baby... 2hari lps baru shj sambut birthday baby ni yg 1 tahun..parent dia buat kenduri besar..tp allah maha berkuasa lps 2 hari bapa beliau pula tggalkan dunia...
Fel xtahu nk ckp mcmna tp fel bole paham apa perasaan isteri arwah... semoga dia tabah dln hidup n tahu mesti ada hikmah di sebaliknya......sama2 lah kita doakan ketenangan beliau n ketabahan berpanjangan..

Apa yg fel belajar...1 jgn bawa kereta laju. 2 anak letak dl car seat..sbb baby tu rafie ckp letak dlm fisher price n tarik seatbelt... but kalau bnda nk jd letak dlm car seat pon akn terjadi cuma kita cegah lbih baik tmbh2 fel ni mmg suka sgt dukung riedzki sbb kesian klau masuk car seat sure dia nangis..... Dan plg fel belajar utk hargai semua di sekeliling kerna ajal x menunggu walau 1 saat...

al fatihah buat arwah...



semoga arwah tenang disana. hakikatnya mati itu pasti, bila..dimana dan bagaimana, hanya Dia yang tahu.
dan, semoga baby & ibunya cepat sembuh dan kembali sihat.

;( touching betul kalau pasal baby sakit ni. tapi aku setuju dengan fel, letak baby dalam car seat, kalau terjadi apa-apa bukanlah 100% selamat, tapi at least lebih baik dari kita pegang, anything can happen.
  
Ya Allah, Kau lindungilah kami semua dari sebarang bencana, Aamiin.

resepi: sambal petai tempoyak

memandangkan bos 2nd half hari ni dan keje pun takde lah bertimbun sangat, boleh la rajin-rajin update blog yang dah lama terbiar usang..gituuu..

aku tengah lapar sebenarnye, pagi tadi breakfast dgn nescare ipoh white coffee dgn potato bread 3 ketoi, pun lapar lagi..acanerrr nak kurus?

maka, dengan perut berkeroncong, aku mempersembahkannn..menu dinner semalam, very the delicious untuk tekak aku yang very the kampung..
aku tak kisah orang cakap aku perasan sebab puji masakan sendiri, sebab laki mak sukaaaaaa noks.

yang sebelah kiri tu namanya sambal petai tempoyak, fevret en.hubby. dia request nak makan ni semalam walaupun bini nak makan sambal udang petai T___T redhoooo..

sebelah kanan tu pulak, pekasam yang mmg dah terperap lama dalam peti. aku beli di lenggong kot? area tempat orang memang buat pekasam, femes lahh pekasam dekat situ.. ade lagi balance stock 2 ekor, memang masukkk sangat dengan sambal tempoyak tu..laki bini menambah tiga pinggan..ade nasi lebih sikit, kalau ikutkan hati nakkk je habiskan, tapi en.hubby suruh pikir waras sikit, kalau aku tambah lagi..overload kang muntah, ape pun tak dapat..baik semadikan nasi yang tiga pinggan tu elok-elok dalam perut..
si isteri, baiklahhh..saya yang menurut perintah. so nasi lebih & lauk sejemput yang lebih aku simpan dalam peti..bole repeat malam ni :) :)



 aku tak ingat aku penah tulis resepi yang sambal petai tempoyak tu kat blog ke tak (malas nak cari) so aku nak tulis lagi sekali kalau dah ade. untuk ingatan aku yang selalu lupaaaa bahan-bahan nak masak mende ni. jangan mintak resepi pekasam okk..i pun tak pandai. mak i retilahhh.

dialog semalam lepas amik emir dari rumah bbsitter, marathon ke kedai-kedai terdekat cari petai.

en.hubby: petai je kan takde? ikan bilis ade lagi kan?
si binik: haah, ikan bilis ade, petai je. kalau takde cari kat kedai satu lagi, kalau yang dah kopek pun takpe..janji petai.

si suami angguk, lalu keluar dari kete. sebelum menapak dah dengar kot si binik menjeritt..

si binik: yang.........kena letak santan ke tak ehhh?
en.hubby: ntah, mane abang ingat..
si binik: pulak, so acaneerrrr? takpe, beli jelah,kang kalau kena masuk, dah ade.
en.hubby: baiklahhhhhhh (dengan muka yang grrrrrrr)

sampai je rumah, standby bahan-bahan segala, ready nak masak, campak segala..last sekali santan..
nak masuk ke tak nak, takpe cubalah letak sikit..
pastu tiba-tiba rasa genius, eh ehh kalau tak letak acaner nak berkuah, menda ni bukan tumis pun. haah letaklahhhhhhh..kuat-kuat jerit dari dapo "kena letak santanlahhh bang, kalau tak, mane nak ade kuah"

takde jawapan dari sang suami, benciiii.
T______T

sekian, dialog pak pandir dan mak andeh dari dapur.

dah melalut, meh aku bagi resepi, tak nak try takpe, sebab sekali try mesti korang addicted..muahaha..
kisah benarrrr sebab aku pun tak pernah try before, tapi sejak sil aku buat and en.hubby cakap ni fevret dia, terus belaja and setiap kali masak ni, mesti aku makan dgn laju & berselera, addicted lah kan? :P

cara masak yang simple lagi menyenangkan

bahan-bahan
ikan bilis kopek
petai - potong kecik-kecik
10-20 biji cili burung -ikut korang nak pedas ke tak
kunyit - 1/2 inci je
tempoyak - 2-3 sudu
santan - 2 cawan

cara-cara
i. tumbuk cili, kunyit sampai hancur, lepas tu masukkan tempoyak, gaul sampai sebati. 
ii. amik periuk, satu kan semua bahan. gaul sampai sebati jugak, kemudian baru masukkan santan.

masak dengan api kecik, jangan sampai pecah minyak, danggggg! sedia untuk dimakan.
lagi lazat kalau ade ikan pekasam dengan budu..fuhhhhhhhhh, terangkat!

menu emir, senang sajor. masak ayam kicap memang licin nasi sepinggan. anak mak telan je ape yang ade.


air asia promo, free seats again, again!

air asia promo is happening now 
:) just only for today, and travel destination to borneo city.

ada plan nak ke sabah or sarawak on April? so pls grab this chances.

aku dah check, for 2 adults and 1 infant, total cost pegi balik RM204 sahaja, fly from KL to KK

ohsemnyeee! tapi sayang, April aku dah ade plan cuti-cuti Malaysia, kalau tak bole terbang ke KK ;(

and, to Kuching pulak RM496 for 2 adults and 1 infant, still consider cheap kalau nak compare bukan time promo kan kan?

dah macam embassador AA dah mak incik kannn  ;P





harap-harap this end year, ade lagi promo. nak terbang ke borneo.

aku sekarang tengah plan nak holiday, at least once a month, tak kisahlah dekat or jauh, balik kampung or what, but its still consider as holiday sebab tak perlu datang kerja and cuti tu aku spend time with my little family je, that's holiday means to me :)

Jan - Gold Coast Morib - done
Feb - Fly back to Kelate - soon
March - belum pasti, either melaka or pangkor..planning for a short vacation on our birthday :))
April - Kuantan, cherating or Bukit Gambang? Belum pasti, tapi confirm akan ke Pahang, bff wedding.
May -Balik kedah, kalau ade duit lebih, plan nak ke Langkawi.
June - Kelantan again, niece wedding. Plan nak extend cuti, holiday ke Terengganu :)
July - No plan yet
August - No plan yet
Sept - No plan yet
Oct - No plan yet
Nov - No plan yet
Dec - Sabah/Sarawak

itu saje, semoga tahun depan ada rezeki lebih, boleh plan vacation jauh-jauh sikit, oversea ke?
insyaallah :)








ramai yang sms and email bertanyakan pasal skinny jeans, ready stock ade few pcs, nanti aku update color and size ye? insyaAllah, 3rd batch pre-order akan diopen by early March. Anything aku akan announce dalam blog ok?



February 04, 2013

postage delay: skinny jeans

salam, dear customer skinny jeans ku sayang, just nak announce yang mana hari ni tak sempat nak buat postage..semalam tak sempat nak packing semua, so akan dicontinue malam ni, esok i post semua ok?
pos laju akan collect esok, minta maaf banyak-banyak :)

ai is tak sihat, so packing pon selow milo, ihihi..

thanks for understanding, once post esok i akan update tracking number sorang-sorang.

thank you thank you!

February 02, 2013

Pre-Order Closed

Order officially closed, thanks to those yang dah place order & make payment.

InsyaAllah, esok malam I akan start packing (siang I pegi attend en.hubby's friends wedding)
then I will sms all of you untuk advise balance payment to my account.

Maybank account: 162302603669 (Noor Hayati binti Rameli)
CIMB Bank account: 12051408594522 (Noor Hayati binti Rameli)

If  use M2U/CIMB Clicks, please include my email sbg email notification: hayati.rameli@yahoo.com
Then email me your name, address dgn phone number for shipping purpose.

For customer yang dah buat full payment, I will post on Monday then update uols the tracking number afterwards.

Kepada customer yang dah inform nak order, tapi belum buat payment, pls do so then notify me via sms/email asap ye, else your order will not in the list.


Million thanks darlings! :)


2nd batch pre-order skinny jeans now open :)

 UPDATE 11/5/2013: ANNOUNCEMENT: AKU DAH TAK JUAL LAGI SKINNY JEANS. ATAS SEBAB-SEBAB KESIHATAN. TERIMA KASIH.

 


*sticky post -- please scroll down for new entry*

Order open from today (29/1/2013 - 2/2/2013 sahaja)

stock ETA: sabtu (29/1/2013)
sampai pada supplier yer, maybe petang sabtu or pagi ahad aku akan pegi collect stocks.

postage: start on Monday (4/2/2013)

Price: RM 48 
include postage ke semenanjung sahaja, sabah & sarawak please add RM2.

colors available:

1. baby blue
2. baby pink
3. pink
4. purple
5.  yellow
6. turquoise
7. light orange (color like carrot susu)
8. red
9. green army
10. light purple
11. electric blue
12. baby green
13. shocking green
14. mustard (color yellow+dark gold)




tu sahaja color yang available as confirmed by supplier.

Size (S)-(26/27)
Size (M)-(28)
Size (L)-(29-30)
Size (XL)-(31-32)
Size (XXL) - (33-34)

if berminat, sila email to: hayati.rameli@yahoo.com

if possible, please use email yer, sms second alternative in case kalau aku tak reply email, sebab last order ramai sgt yang tanya thru sms sampaikan aku dah termiss-out few order. So kena check one by one, very tidious job, so please consider guna email dulu yer :)

aku akan reply within 1 day, insyAllah :)

last batch aku mention color dibawah adelah mustard, tapi aku silap, its light orange ye kawan-kawan..
sbb tu stock takde, sbb aku salah bg color..aku dah refund to those yang request to refund. so now kalau nak order below color, cakap color light orange yer, color dia macam carrot susu :)


ni color mustard, yellow+ dark gold



thanks :)

akhirnyaaaaaa, masalah settle!

setelah penantian hampir sebulan, akhirnyaaaaaa masalah vertical line kat tv yang aku story DULU dah pun settle!

alhamdulillah, fuhh walaupun tunggu lama, ianya berbaloi! sebab? diorang ganti panel baru, means screen baru tau..tapi untuk orang yang dah lama sangat pakai tv tu, mungkin nampak perubahan..macam aku, 2 weeks beli, tiba2 menda tu muncul, so even tukar panel baru pun, macam takde effect sangat..like macam kawan aku, dia pun ada masalah yang sama, mungkin dah pakai lama kot, so dia cakap, bestlah macam beli tv baru..eheh, yelaa tukar seketoi kan..

aku ada post dekat fb issue ni, rupanya ramai yang senasib..tak ramai orang tau masalah lcd/led/plasma n..even aku pun tak kaji kalau masalah ni tak timbul..dia bukan ikut brand ye kawan-kawan, pakailahh brand ape pun, ni adelah common problem yang akan muncul tiba-tiba, lambat atau cepat je..kalau cepat, still under warranty, alhamdulillah lah..boleeeee claim..

kalau dah abih warranty acaner? bak kata tech samsung tu..you tak payah repair..beli je tv baru..sebabnyee cost nye adelah same okeh, aku baca dalam forum mau cecah 3-4k depends on screen size..fuhhhhhh!


masa mula-mula sampai aku dah cuakkk dh, apesal 50'? aku punya 46' jeeee..alamak salah parts ke? terus tanya si Leong tu, dia cakap kotak sajeee..ohh nasib baikkkk..yang member aku tu pakai samsung jugak, mula-mula tech datang amik gambar problem dgn serial number, lepas tu balik..2 minggu lagi datang kot nak repair parts, sekali salah parts..balik pulakkk..apelagi hanginnn la dia..lame kot tunggu, nasib baikkkk lagi aku.. :)

dah la set appoinment dgn Leong ni patutnya ari sabtu (arinila) tapi since aku kena keje, aku sms bgtau dia nak tukar date, nasib baik laaa 2 hari lepas (khamis) dia call masa aku dah sampai rumah cakap nak datang, dah on the wayyy..fuhh lega! tak payah amik cuti :)


aku tengok diorang buat 15 mins pun tak sampai, yang lama sangat pun time nak buka skru jee..bukak semua lepas tu pindah litar semua letak atas panel baru, skru balik, done! serious senang gila..kalau aku ada parts,aku ponn bole buat seniri, hahaha..

so, sebagai pengajaran..just nak remind, those yang ada problem cm aku ni, pegi laju-laju cari warranty card pastu call service centre suh diorang tukar sementara dalam warranty..kalau tak..menangis tak berlagu pun tak guna, jadi gunalah duit bonus anda beli baru yehh T_______T




pesanan ke-2: skinny jeans order akan ditutup pada pukul 9pm malam ni. those yang dah confirm order tapi belum buat payment, pls do so..else order korang takkan masuk dalam order list aku, thanks!