mati bunuh diri..or dibunuh?

rezeki raya

Bayi didera hingga pecah usus :(

rintihan seorang ibu,pesakit..

ladies,jangan takut dengan peragut!

keluh kesah kehidupan

salam ramadhan

selamat bercuti

kisah dera & keinsafan

naik HELI pegi sekolah

berita hari ini

July 30, 2012

mati bunuh diri..or dibunuh?

pagi tadi baca paper kosmo, kisah seorang wanita,isteri..ibu..mati tergantung dibiliknya.. :( ade gambar arwah & anak lelakinya tersenyum..sedih sangat..



SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.
Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.
Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.
Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.
Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.
“Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

tapi bila baca the star, lain pulak ceritanya..

Woman who killed herself may be a murder victim..
PETALING JAYA: An apparent suicide of a woman took a twist when the post-mortem revealed that she may have been murdered.
The 31-year-old television station employee, Sharizat Jafar, was found by her husband hanging from the bedroom fan at their apartment in Damansara Damai at about 9pm on Saturday.
Her body was sent to the Sungai Buloh Hospital.
However, the post-mortem revealed discrepancies on the wounds found on her neck and police forensic teams revisited the apartment yesterday.
Petaling Jaya OCPD Asst Comm Arjunaidi Mohamed, who was at the scene, said the case was still being classified as sudden death.
“We have not found any solid evidence to prove any criminal element but we are checking,” he said.
ACP Arjunaidi added that police are currently recording statements from Sharizat’s husband and neighbours.
Sharizat’s father Jafar Bakri, 60, who was at the morgue said he last saw her a month ago but did not notice anything amiss.



Wallahualam..ape-ape pun terjadi, hanya Allah yang maha mengetahui..Al-Fatihah untuk arwah..

July 26, 2012

rezeki raya

dikala orang gomen seronok sebab ade bonus raya, kami orang swasta ni tengokk telan ayaq lioq ja laa..huhu..sobssss..

akan tatapi.........


hati telah diubati dengan satu berita gembira..well even sikit tapi constant for every month ;)

sebenarnye aku baru balik dari 'Management Staff Wage Policy Announcement'..patutla ramai user yang meroyan bila secretary hantar email announcement pasal ni, few users tak dapat..salah sape? server dkt singapore? it dept? infra team? and lastly aku yang kene check..hoh..



rupanya..announcement ni sangat penting! ia berkaitan NAIK GAJI..
aku pun layak untuk dinaikkan gaji even baru keje 4 bulan? hoyehhh hoyeh..hahaha..tapi effective next month gajilah..esok punye gaji masih yang lame T_______T

orang yang da keje more than 6 month or bertahun tahun pulak ade kenaikan percentage incentive..aku? lagi 2 bulan baru qualified untuk monthly incentive..Alhamdulillah..semoga jodoh dicompany ini lame..haha dan dan je..




psssttt aku tengah survey pasal business, which aku sangat excited..semoga ada jalan untuk run business ni, sile doakan saye..insyaAllah..

Bayi didera hingga pecah usus :(

Nauzubillah..apelah jahat sangat manusia sekarang ni..




KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.

Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.

“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya. Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.

July 25, 2012

rintihan seorang ibu,pesakit..

tadi baca entry mama zharfan berkenaan derma untuk insan yang bernama Alia Haryani..anak buah aku yg 1st, pun nama Alia Haryani..mama zharfan tulis tajuk -menitis jugak air mata ini..yes,aku pun sama..bila bukak je blog kak alia haryani tu..seriouss sangat sedih dengan dugaan hidup dia..tapi dia bertuah, sebab Allah kurniakan anak yang sangat bijak & baik -aiman..yang setia disisi mamanya..even dikala susah & senang..


boleh pegi blog dia kat SINI . dia ibu tunggal, yang tiada pendapatan..ada anak kecil..sekarang dia kena admit di hospital..

kalau nak bg sumbangan details spt dibawah..insyaAllah dengan sumbangan ikhlas kita di bulan Ramadan kali ini membawa seribu erti untuk dia & anak-anaknya..insyaAllah..

Haryani bt Mat Hussin -Maybank - 1640-3426-6923

 kenapa hosp tak bagi sudu utk makan? kesian aiman.. :(





**Ya Allah, kau tabahkanlah hatinya..kurangkan penderitaannya, sembuhkanlah penyakitnya..semoga dia terus dapat bersama anak-anaknya..Aamin Ya Rabbalalamin..

July 24, 2012

ladies,jangan takut dengan peragut!

dear ladies,
do bear in mind, balik karang carik tali & ikat dalam kereta ok??
;) sharing is caring


keluh kesah kehidupan

Selamat Pagiiiiiiii ;)


Kembali bersiaran dari office..cuti seminggu, blog pon cuti..haha..ai bizi uols..menjadi suri rumah sepenuh masa, menjadi mama yang penyayang kepada anakku, Emir..wah sangat seronot menjadi fully housewife..bole layan anak 24 jam..tido berjam-jam..tengok karenah dia hari-hari..yang paling seronot tentulahh Emir, takde orang kaco tido pagi-pagi..bangun tido jee mama ade sebelah..celik mata makanan mama dah siapkan..layan karenah yang semakin menjadi-jadi..manje ade,garang ade..keje nak menjerit jee sekarang ni...turun sapelahh tu T_________T

Banyak kisah terjadi sepanjang cuti..permulaan puasa..aktiviti aku dengan Emir..aku bawak pegi kidzsports & gym dekat empire..nanti aku hapdate entry tu ye..gamba dekat rumah :) ditambah lagi dengan kebizian dan kemalasan..maka blog pun terabai..ade mood konon nak tukar layout segala..sekejapan je mood tu datang,pastu dah lari pegi meniaga dekat bazar...sudahhhh tak siap blog ku..tah hape hape jadi..lantak la..nanti mood tu datang balik aku tukar la..muahaha..arini aku merempit dengan en.hubby..ya ampun..lama tak naik motor, kejung aku rase..da la en.hubby tak reti reti nak slow..kete banyak..jem nak mams..sebelum puasa kalau pukul 7 aku masih rilek-rilek..dekat NSTP simpang traffic light giant tu takde pun jam..tapi hari ni, jem gile babeng..macam pukul 8 pagi (kalau pukul 8, bukan bulan pose memang stuck gils)..nasib baik aku buat keputusan bijak nak merempit je sepanjang bulan puasa..tak kuase nak stress pagi pagi sebab jem..

Ohh lagi, nak kongsi resepi ai masak dibulan pose..resepi masak semalam..yang simple, tapi sedap..febret en.hubby..tapiiiii tak bawak cable nak transfer gambo lah pulok..esok yeh? rindu nak pegi terawikh..tapi bile ade anak tecit kan..mak perlu mengalah..semalam keluar kejap pegi speedmart beli pampers emir, lalu depan surau, meriahnyeee..ramai orang..dengan budak-budak yang main kat tepi jalan..serious macam 'hidup' suasana zaman kecik dulu.. *rindu kampung*..tunggu emir besaq sikit bole pegi..sekarang ni kalau bawak harus melalak..time aku tengah semyang dekat rumah pon dia dah hek hek hek merengek kalau aku tak layan drama dia atas sejadah..memang tak khusyuk semayang kalau dia ade..tu belum cerita masuk dalam telekung..haha..ape ape lah anak..janji bahagia..

Maaf ye entry ni tulisan semate mate..tanpe gamba..serious cam tak best kalau tak selit gamba..tapi mane ado gamba nak letak..semua dlm laptop & hp..dah tu kat opis ni,selagi boleh block, macam-macam derang nak block..haihh..sabau jeee..dan dan je rindu dengan laptop acerku yang slim melim harte TG tuh..opis skrg bagi PC segedabak..tapi dah tukar cpu skrg..da tak pakai cpu jaman tok gajah dulu..da pakai yang kecik skit..namenye 'Thin Client'...aku tengah in-charge project tu sekarang..tapi not fully implement yet..tah ape result nanti tak tau lah..tunggu..

Ok, itu saje laporan selepas cuti..lepas ni aku masukkan entry bergambar..tengok la esok ke ;) insyaAllah kalau tak lupeee



babai **terbayang-bayang emir menangis kena tinggal pagi tadi..sobsssss **

July 20, 2012

salam ramadhan

ahlan wasahlan ya Ramadhan ;)

ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna..

Alhamdulillah..Ramadhan kedua untuk kami bertiga..last year, emir tecikk lagi..so time sahur dia tak sedar pun mama dia hilang..esok pagi? walahualam..kalau sebelum ni, mama bangun je mesti dia terasa, harap-harap takdelah dia bangun esok..kang pukul berapa pulak nak boleh tido balik..ihihi..

kepada kawan-kawan, selamat berpuasa ;)



apehallll gamba jadik camni pulak..haihhhh...




July 12, 2012

selamat bercuti

ai tengah pokus bekerja..nak settlekan segala pending request, issues dari user..dateline adelah esok..sebabbb??? bermula dari pukul 12 tengah malam hari jumaat 13/7/2012 sehingga seawal subuh 24/7/2012, ai akan bercotyyy dari kerja..

sebabbb? dah company bagi cotyy lagi mau tanyee kan..ihihi..kilang tutoppp sebab maintenance shutdown..so para pekerja dari cleaner, makcik cafe, maintenance (eh derang keje lah), boss-boss, japanese semua adelah boleh bercuti selame seploh hari..hoye hoyeee..tetapiiiiii..ade jugak sari dua aku kena come back...sebabbb?? ade system upgrade..walaupong ai tidak terlibat secare lansung, akan tetapi untuk menunjukkan ai adelah pekerja baru yang sangat dedikasi, meh la kejap tunjuk muka...alasannnn..haha..niat sebenanyee kan..ai nak claim cotyy lagi..muahahaha..

company da bagi coty free pastu kenkonon rajin nak datang keje..padahallllll niat dalam aty nak claim..ehh ehh salah company sebab dah confirm employment pong derang tak bagi AL..so nak taknak kenelahh jadi ceredik skek kan..datang keje time holidaysss..takmo OT..ai nak COTI..hehe..sebab apeee aku perlukan coty? sebab..raye nanti company bagi coty lagi seplohhh hari..tapi 2 hari in advance aku kene amik AL jugak..aku da takmo unpaid..gile betoi sekali tolakkk je bole beli sebiji hanbeg guess tau..so tak berdaya..baik aku datang keje time coty sebab aku takde plan g memane pong..en.hubby keje..so dok melepak dirumah selame seploh hari adelah sangat membosankan (emir tetap anta pegi bbsitter)..ihihihi..bijakkk tak idea ahkak?



ok la..pokus pokus.. ;) esok esok ade cite lagi ai hapdate oke.. babai!

July 06, 2012

kisah dera & keinsafan

ingat tak dengan video yang diupload di youtube pasal sorang mak yang sanggup dera anak dia, belasah macam takde perasaan kt sepang dulu tu? kalau tak ingat pegi sini, aku penah cite..tapi video search sendiri lah dekat youtube..tak sanggup nak tengok lagi and alasan paling kukuh,company ai block youtube..ihihi..ok back to cerita..

dia dah dibebaskan dari penjara kajang beberapa hari lepas..and dia mintak diberikan peluang kedua..Alhamdulillah dia dah insaf..moga2 dia boleh jumpa anak dia and boleh tebus kesalahan yang pernah dia lakukan..dan jangan lah ulang lagi perangai yang macam bin****** tu..kesian kt anak, kecik je lagi..bukan salah dia pun walau apa pun terjadi kan..

                             

KUALA LUMPUR: “Saya terima hukuman ini (penjara) dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa sebab sedar saya pernah menyeksa anak. “Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti dapat bertemu semula anak dan menjaga dia seperti dulu...saya tidak mahu dia tinggal dengan orang lain dan biar kami melalui susah senang bersama,” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang pernah menggemparkan negara apabila klip video penderaan bayi perempuannya berusia 10 bulan dimuat naik ke laman YouTube, Mei lalu. Ibu muda yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang, beberapa hari lalu selepas setahun di sana, mengakui insaf dengan perbuatan kejam yang pernah dilakukan dan berazam lebih menyayangi anaknya pada masa akan datang. Menceritakan semula kejadian yang berlaku tahun lalu, Ika berkata, dia tidak pernah menyakiti bayinya sebegitu teruk kerana sedar ibunya berpesan supaya dia menjaga zuriatnya sebaik mungkin. “Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua, bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati.

dia da perjelaskan alasan kenapa dia buat macam tu..setiap orang ada masalah masing2 kan..tapi seberat mana pun masalah, janganlah anak dijadikan mangsa..kalau nak baling pinggan mangkuk, tv ape segala buat la..sebab menda tu tak ber'nyawa'..macam anak buah aku cakap, benda bukan hidup so tak kisahla nak buat ape pun..ni anak..budak tu baru je hidup, sekali diseksa macam tu sekali kan..ape perasaan dia..ok, tamau rewind..menda dah lepas and si pesalah pun dah dapat balasan & dah insaf..so aku pun nak mintak maaf sebab terlepas kata dalam entry lepas..almaklumlah..hormon mak-mak ni memang cepat naik..nak nak lagi kes pasal anak..memang hoverrrr..

okla nak sambung keje..babai :)

naik HELI pegi sekolah



kelasss ok..zaman Emir nanti cemane lah..ye kottt mintak mama/abah dia sponsor pegi skolah naik heli..
tak mampu mama sayang!
unless kalau time tu mama dah jadi CEO,abah businessman terkaya di malaysia then, insyaAllah..hehehe..
salam jumaat, good morning dear friends ;)

LONDON: Hanya kerana tidak mahu ketinggalan hadir dalam parti akhir tahun sekolah mereka, dua sahabat menyewa sebuah helikopter apabila rancangan awal menggunakan limosin tidak berjaya. Pada awalnya, Chloe Webb dan Lauren Huggett mahu menyewa sebuah limosin untuk ke sekolah yang terletak hanya kira-kira 13 kilometer dari rumah mereka. Bagaimanapun, rancangan itu tidak kesampaian apabila didapati semua limosin sewa di Gloucestershire habis ditempah. Kekecewaan dua sahabat berusia 16 tahun itu ternyata tidak kekal lama apabila bapa Lauren, Jason Huggett, tampil membantu dengan menyewa sebuah helikopter untuk mereka. Untuk mendapatkan perkhidmatan itu, Huggett dikenakan bayaran USD500 (RM2,465).

July 02, 2012

berita hari ini

as salam :) mood masih dipinggir laut..tapi disebabkan ada terbaca dua kisah yang satu lucu and satu lagi boleh membangkitkan amarah,gagahkan diri untuk menulis..heh..

ok,kita pergi pada cerita lawak hari ini..

BALING: Akibat tidak mahir dengan peralatan canggih, tindakan dua lelaki melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda tanpa mematikan alat sistem pengesanan global (GPS), membawa padah apabila mereka ditahan di persimpangan lampu isyarat Pekan Baling, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.45 pagi apabila kenderaan Toyota Hilux yang dilarikan daripada pemiliknya di Sungai Siput Utara, Ipoh, Perak, dikesan berada di kawasan Baling sebelum dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan.

Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Pegawai Perisikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Baling, Inspektor Abd Aziz Mat Resof, menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun berkenaan selepas bergelut selama 10 minit.
Sumber berkata, sebelum itu kedua-dua suspek berkenaan dipercayai mencuri kenderaan terbabit jam 3.40 pagi sebelum memandu tanpa arah tujuan sehingga ke Alor Setar dan berpatah semula ke Pendang sebelum tiba di Baling.
aku tak pastilah diorang ni orang mana, tapi location adelah kampungku yang terchentaa..ada hati nak curi kereta mahal, tapi IQ zero..korang tak tau ke zaman laaa ni dah canggih..ke korang tak tau jalan, then guna je GPS tu? haha..kesian..lain kali belajar bagi pandai, tak masuk U pun takpe, janji pandai..tak lah kena jadi perompak..lepas tu maluuuuuu sendiri sebab masuk paper siap kena highlight 'Buta IT'..kesian korang..


ok,tamat kisah lucu, meh kita sama-sama menaikkan darah dengan kes ni pulak..
 
PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam.


nauzubillah..takde otak ke makcik? budak tu baru 3 bulan..yang p gomoi sampai patah-patah tu kenapa....ishh tak boleh bayangkan kalau emir yang jadi budak tu..ya Allah, mintak simpang..semoga emir & kanak2 lain sentiasa dilindungi olehMu Ya Allah..












p/s: aku rindu kampung halamankuuu & bila baca kes dera-dera ni, dan-dan je rindu emir..kalaulah bole balik ;(